Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram

Rentetan dari dakwaan para peminat mengatakan Nur Fazura menyindir Hanez Suraya meniru fesyen beliau, hari ini menerusi Berita Harian Hanez Suraya sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura.

“Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya”
“Selama ini pun kami saling mengikuti di Instagram, cuma baru baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu,” ujar Hanez Suraya.
Hanez Suraya menambah yang sebelum ini beliau & Fazura memang ada berjumpa malah pernah bergambar sama dan kali terakhir bertemu beberapa bulan lalu dalam satu acara.
“Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah — dia memang cantik — saya suka tengok cara dia,” tambahnya yang akan kembali menjalani penggambaran drama Autumn Di Hatiku.

Ulasan