Emma Maembong Menangis Di Tinggal Zizan

Pengalaman lalu banyak mengajar pelakon, Emma Maembong, 21, agar tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi. Apatah lagi membabitkan hubungan cinta yang belum tentu kesudahannya.

Biarpun ramai menyangka Emma bakal menamatkan zaman solo sebaik lelaki yang dikaitkan dengannya, Zizan Razak mengaku mahu berkahwin tahun depan, gadis itu sekadar tersenyum.

Apatah lagi mereka hanya berkawan rapat, selain bernaung di bawah satu bumbung pengurusan.

“Saya masih ingat ketika mula-mula terbabit dalam bidang seni, saya tidak pernah merahsiakan yang saya mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, selepas itu timbul cerita saya menayang kekasih, padahal tiada niat menunjuk-nunjuk.

“Sejak itu, saya pastikan tidak terlalu terbuka dalam soal peribadi. Macam keluar dengan Zizan, kami biasa menonton wayang beramai-ramai.

Mungkin sebab orang kenal wajah kami berdua, mereka sangka saya dan Zizan keluar dating.

Ulasan