Cara Tukar Status Bujang Ke Kahwin Dan Akaun Bank dalam eBR1M 3.0

Sebab Perlu Kemaskini Info Bank

Kerana itu, saya kongsikan informasi ini kepada mereka yang mungkin mahu kemaskini maklumat bank BR1M 3.0 ini. Ini adalah kerana, untuk memudahkan pemberian BR1M 3.0, digalakkan
penerima BR1M untuk memasukkan maklumat akaun bank supaya wang pemberian berkenaan sampai ke individu yang sepatutnya, tambah lagi ia satu langkah supaya baucer diberi tidak hilang atau tercicir setelah diberikan, almaklumlah ramai penerima BR1M daripada golongan yang berumur dan kadangkala mudah lupa mana letak baucer diberikan.

Dengan perlaksaan memberikan wang BR1M 3.0 menerusi akaun, sedikit sebanyak masalah itu dapat diatasi. Walaupun begitu, jika tidak mempunyai akaun bank yang aktif, penerima masih lagi boleh menerima baucer berkenaan. Maklumat penerimaan boleh dirujuk kepada ketua kampung, penghulu atau menerusi pejabat-pejabat LHDN dan pejabat kerajaan yang menguruskan pemberian BR1M ini.

Cara Kemaskini Maklumat Bank BR1M 3.0

Ok, untuk langkah-langkah kemaskini maklumat bank BR1M 3.0 ini.
  1. Sila ke eBR1M 3.0 (klik)
  2. Masukkan no MyKad dan tarikh lahir yang diminta.
  3. Klik butang Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0
  4. Klik pada maklumat bank, dan masukkan butiran diperlukan
  5. Klik butang Kemas Kini yang tersedia
  6. Lengkapkan pengesahan
  7. Cetak borang anda

Cara Kemaskini Maklumat Bank eBR1M 3.0
Cara Kemaskini Maklumat Bank eBR1M 3.0
Cara Kemaskini Maklumat Bank eBR1M 3.0
Cara Kemaskini Maklumat Bank eBR1M 3.0
Perlu diingatkan bahawa kemaskini ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Jika ada kesilapan yang berlaku yang mungkin anda baru sedari selepas mencetak permohonan, anda perlu terus membuat rujukan atau pindaan di mana-mana pejabat LHDN berdekatan.

Kemaskini Informasi Isi Rumah dan Status Perkahwinan

Untuk pindaan lain seperti maklumat isi rumah (mana tahu kot-kot dapat isteri baru ke, anak baru ke, cucu baru ke, mak mertua baru ke) dan status perkahwinan; anda perlu membuat pindaan dengan menggunakan borang BR1M yang boleh dimuat turun percuma dan hantarkan ke pejabat LHDN berhampiran.

Jenis Akaun Bank Yang Sah

Harapnya dengan entri ini, dapat bantu mana-mana bakal penerima dan penerima BR1M 3.0 2014 melaksanakan kemaskini maklumat bank seperti yang diminta. Maklumat bank mestilah dari akaun bank yang aktif, dan mesti dari bank-bank di dalam Malaysia, jangan gatai nak letak akaun bank dekat Switzerland ke, Thailand ke .... Oh ya, akaun ASB atau akaun kad kredit/debit pun tak boleh.

Semoga bermanfaat, in Sha Allah.

Andai tak faham juga, boleh baca di sini Manual Kemaskini BR1M 3.0 2014

Sumber :
www.hasrulhassan.com

Ulasan