Bob Lokman Dimasukkan Ke Hospital Lagi

Selepas dimasukkan ke Hospital Taiping akibat masalah jantung dua bulan lalu, bekas pelakon yang kini bergiat aktif sebagai pendakwah, Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah yang sama. 
 
Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh sahabat Bob, Ustaz Ahamd Dasuki Abd Rani menerusi akaun Facebook miliknya. 
 
“Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh, bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU, setelah jantungnya lemah kembali.. saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.," tulisnya.
 
Marilah kita mendoakan agar kesihatan Bob Lokman pulih seperti biasa dan dapat menyebarkan dakwahnya dengan lebih meluas lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?