Adi Putra bebas skandal isteri orang

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, malam ini mengaku telah
bebas daripada siasatan polis berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang.
Adi Putra turut menjelaskan bahawa polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya berikutan siasatan kes itu sudah selesai.Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.Beliau ditemani isteri Aida Yusof dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan.Adi Putra dikaitkan dakwaan skandal dengan isteri orang kononnya membabitkan penghantaran gambar lucah kepada wanita berusia 30 tahun menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp).


Ulasan