VIDEO Penyamun Ambil Masa 3 minit kebas 200 telefon

Johor Bahru: Seorang lelaki yang memakai baju hujan berwarna biru dan bertopi keledar mengacukan sepucuk pistol dipercayai pistol
mainan ke aras seorang pekerja premis telekomunikasi sebelum melarikan telefon bimbit pelbagai jenama bernilai lebih RM10,000 dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kurang tiga minit kira-kira jam 5 petang itu, penjenayah terbabit menyamar pelanggan ketika memasuki premis berkenaan.Perbuatan suspek dalam lingkungan 30-an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis, sebelum tersebar menerusi laman sosial Facebook hingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Ia menunjukkan dalam tempoh kira-kira tiga minit, suspek melarikan kira-kira 20 telefon bimbit dengan memasukkan semua hasil rompakan itu ke dalam beg plastik.Terdahulu, lelaki terbabit melihat seorang pekerja wanita berusia 20-an berseorangan sebelum berpura-pura meninjau di beberapa ruang pameran premis itu sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?