TERKINI : Ahmad Busu meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 10 Nov.- Pelakon Ahmad Busu, 60, meninggal dunia selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor.Berita kematian pelakon komedi yang terkenal melalui watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu disahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez yang mendapat perkhabaran itu daripada sahabat baik allahyarham, pelawak Hamid Gurkha.
Ahmad Busu tersenarai sebagai salah seorang pelakon dan pelawak dalam dunia hiburan tanah air sejak era tahun 1970-an hingga kini.

Ulasan