Mayat dibaluti selimut ditemui di bawah jambatan

TANJONG KARANG 4 Nov. - Orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tangan dan kakinya diikat manakala
badannya dibaluti dengan selimut di bawah jambatan Sungai Tengi di sini petang ini.
Sumber memberitahu, terdapat jerutan tali nilon berwarna hijau di leher mangsa yang dipercayai mati dibunuh beberapa bulan lalu sebelum ditemui berdasarkan keadaan badannya yang sudah mereput.
"Ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan berpakaian kemeja T berkolar berwarna kelabu dan seluar panjang warna biru muda berserta tali pinggang jenama doula.
"Mayat juga sudah mereput dan kepalanya hanya tinggal tengkorak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 1.15 petang. - UTUSAN ONLINE

Ulasan