Gambar Stacy AF Berbogel Seperti Miley Cyrus Dalam Klip Video Terbaru

Penyanyi kelahiran Sabah, Stacy AF yang ditemui semasa separuh akhir Muzik Muzik nampaknya kelihatan
semakin kurus dan berimej baru. Jelasnya semua ini tidak berkaitan dengan cinta atau seumpamanya kerana apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk konsep lagunya.
“Ya, saya akui bahawa berat badan saya menurun dari 53kg dan sekarang ini hanya tinggal 46kg sahaja. Saya lebih seronok dengan berat badan ini dan ianya membuatkan saya lebih berasa selesa apabila berada di pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan,” katanya.
Dia juga turut menjelaskan mengenai imejnya yang terbaru dan ranggi. Ini kerana potongan rambutnya yang seakan-akan penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus.
“Ramai juga peminat yang mengatakan saya seperti mengikuti imej penyanyi antarabangsa Miley Cyrus, dan sebelum ini ada yang mengatakan saya kelihatan seperti Rihanna dan banyak lagi penyanyi yang di samakan mereka dengan saya. Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah imej saya berdasarkan lagu yang saya nyanyikan lagipun lagu-lagu saya berentak ‘catchy’ dan ia bersesuaian dengan konsep lagu”
Tambahnya lagi, “Ada orang yang suka dan ada orang yang tidak gemarkan penampilan saya ini, bagi saya fesyen dan imej merupakan satu benda yang luas dan subjektif terpulanglah kepada individu tersebut dalam menilai,” ujarnya panjang lebar.
Sementara itu, Stacy enggan mengulas mengenai kehidupan peribadinya kerana dirinya masih belum bersedia untuk berkongsi peribadinya kepada peminat.
“Setakat ini tidak ada apa yang perlu saya ceritakan kerana ianya masih terlalu awal dan saya tidak mahu perkara yang belum pasti menjadi perbualan peminat-peminat. Apabila suatu ketika saya sudah bersedia, saya sendiri akan memberitahunya nanti,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Stacy telah berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJl 28) menerusi lagunya yang berjudul Bosan.

Ulasan