Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.


Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?