Emma Maembong Dan Zizan Razak Kini Sah Bercinta?

Bukan satu perkara baru kisah mereka berdua ini di’khabarkan sedang bercinta namun seorang (atau sekumpulan) peminat telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengumpul semua petunjuk yang menjurus kepada mengiyakan hubungan mereka.

Ah ya, kami bercakap tentang Emma Maembong dan Zizan Razak. Sebuah akaun di Instagram dengan nama ZizanEmmaLoveStory telah memaparkan banyak bukti atau petunjuk yang menunjukkan pasangan ini sedang bercinta.
Kebanyakkan bukti yang di’tunjukkan adalah keratan akhbar, tulisan dari kenalan rapat dan juga interaksi antara Emma Maembong & Zizan Razak melalui laman sosial — sama ada ianya dilakukan secara langsung atau sembunyi.
Kami sertakan beberapa keping bukti yang di’temui atau gambar dari akaun Instagram tersebut yang mana peminat ini yakin ianya menunjukkan Emma Maembong dan Zizan Razak sedang hangat bercinta. Usaha yang gigih ‘kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?