Wawa Zainal Kongsi Gambar Anak Buat Pertama Kali

Ya, masih dengan isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel namun ini satu perkara yang baik untuk di’kongsikan dengan semua. Wawa Zainal melalui akaun Instagram beliau telah kongsikan sekeping gambar yang memang di nanti para peminat.

Wawa Zainal mengirimkan sekeping gambar bayi yang di’percayai anak hasil perkongsian hidup dengan Aeril Zafrel dan disertakan tulisan — “menanti cahaya mata ini sedar. menatap kami berdua. rindu dengar tangisannya” — awww kali sejuta.
Aeril Zafrel juga melalui akaun Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangan bayi menggenggam erat tangan yang dipercayai tangan Aeril Zafrel & kedua dua keping gambar ini mendapat lebih 34,000 likes secara keseluruhan.Dalam perkembangan berkaitan, Wawa Zainal bercakap kepada Kosmo! mempersoal tindakan seorang jejaka bernama Abdul Rashid yang tiba tiba muncul membuat pengakuan yang mereka masih bertunang walaupun sudah empat tahun tidak berhubung.
“Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?” ujar Wawa Zainal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?