AL-FATIHAH: Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia


Takziah diucapkan buat keluarga bekas suami kepada penyanyi Atilia Haron, Ariff Johan Abdul Jalil yang dilaporkan sudah meninggal dunia akibat penyakit kanser,
awal pagi tadi.
Berita kematian Ariff dikongsikan oleh Atilia menerusi laman Instagramnya dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara, petang ini.
ATILIAA
Pasangan ini pernah mendirikan rumahtangga pada 18 Disember 1998 namun bercerai selepas 10 tahun bersama.
Sepanjang bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Atilia dan Ariff pernah menjayakan rancangan Sehati Berdansa musim pertama pada 2007.

Ulasan