Gempar: Pengasas Ambank Di Tembak!

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi mati selepas beliau ditembak  kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta berdekatan kuil di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Hussain, 75, difahamkan sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya sebelum seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan, lapor news abnxcess.

Beliau mati serta-merta di tempat kejadian selepas bahagian dada dan rusuknya terkena tembakan manakala isterinya, Cheong Mei Kuen, 49, cedera teruk dilanggar di bahagian tangan.

Selain individu yang menembak mati mangsa, terdapat dua lagi rakan lain yang turut terlibat sama. Mereka dikenalpasti menaiki sebuah teksi Proton Waja berdasarkan Kamera litar tertutup di tempat kejadian itu.





Ulasan