Bonus penjawat awam sebulan gaji dipertimbang Bayar sebelum raya

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mempertimbangkan permintaan kakitangan awam untuk diberikan bonus menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. 

“Nantilah... kita sedang lihat perkara ini,” kata Perdana Menteri ketika mengulas permintaan CUEPACS itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ke-10 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian empat projek kelolaan NCIA. 
Sejurus sebelum meninggalkan bilik sidang media, Najib secara ringkas menjawab: “Ada masa lagi.” 


Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan belum berbincang mengenai bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Aidilfitri. 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sudah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja yang boleh dianggap sebagai bonus. 

Ucap terima kasih 

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi untuk mempertimbangkan permintaan itu bagi meringankan beban penjawat awam, terutama untuk menyambut Aidilfitri. 
“Kita menaruh harapan dan positif dengan maklum balas Perdana Menteri. Saya berani menyuarakan perkara ini berdasarkan sokongan padu penjawat awam kepada kerajaan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?