Pelakon Izreen Berkemban Dalam Filem Terbaru "PECAH"

Satu-satunya pelakon wanita utama dalam fiem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, Pecah iaitu Izreen Azminda memohon agar orang di luar sana tidak memperbesarkan isunya berkemban menerusi filem tersebut.

“Pengambaran filem ini dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia kan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada, saya bukan bogel,” katanya memetik laporan MalaysianDigest.

Menerusi filem adaptasi novel Buku Fixi itu, Izreen memegang watak sebagai Lydia iaitu jururawat yang mempunyai hubungan dengan Herman yang merupakan ‘mastermind’ kepada kejadian rompakan yang menjadi tema kepada filem tersebut.Akui Izreen, pada mulanya dia berasa sedikit kekok untuk melakonkan adegan itu tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi jalan cerita serta kehendak pengarah filem tersebut, Asrulhisyam Ahmad.
Antara pelakon yang terlibat dalam filem Pecah ialah Tony Eusoff, Sofi Jikan dan Fizz Fairuz.
Pecah akan memulakan tayangannya mulai esok dan bakal bersaing hebat dengan filem blokbuster Hollywood iaitu Man of Steel yang turut ditayangkan pada masa yang sama.

Ulasan