Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya

Selepas video Keek pertama Tomok bersama anaknya, Arrian Shah Akid menjadi fenomena disebabkan kecomelan anak lelakinya itu, kali ini Tomok berkongsi lagi videonya berduet bersama Arrian menerusi lagu berhantu kumpulan New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang.

Arrian merupakan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup penyanyi bernama sebenar Shah Indrawan Ismail bersama isterinya Rahayu Abas.
Tomok berkongsi video itu kepada pengikut akaun Keeknya yang kini mencecah 43,862 orang pengikut.
Dalam video terbarunya, Tomok bermain piano sambil ditemani Arrian dengan keletah comelnya yang nyata memikat hati semua orang yang melihatnya.
Jom layan dulu video Tomok dan Arrian ini ya!


Ulasan

  1. Tanpa NamaJulai 22, 2013

    budak masa kecik semua nya orang suka tengok sayang dan geram suka.....dah besau banyak yang melawa kata ibu bapak.......so tomok cuba lah didek anak awak a baik mungkin....jangan manjakaan sangat......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?