TERKINI@PRU13:Penyanyi Aishah, SAH Bertanding!


Penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Janji Manismu,’ Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin difahamkan bakal bertanding untuk wakil calon PAS di Parlimen Jempol.

Berita ini telah disahkan oleh Timbalan Presiden PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu menerusi ceramah “Amanat Penting PRU13 – Tipu Pilihanraya Turun Padang” anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, baru-baru ini.
Berikutan pengumuman tersebut, Aisaha telah melahirkan rasa terkejut dan mengakui yang dirinya masih belum bersedia utuk bertanding dalam pilihanraya kali ini.
Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding) – ujar Aishah menerusi laporan sebuah portal tempatan.
Untuk makluman, Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.
Artis lain yang turut menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi serta Yassin.
 

Ulasan