TERKINI:Parlimen Bubar hari Ini, PM menghadap Yang diPertuan Agong pagi ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Wartawan dan jurugambar berkumpul di depan pekarangan pintu masuk Istana Negara, di Jalan Duta, seawal jam 7 pagi tadi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen, hari ini.

Tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diperkukuhkan lagi dengan perkembangan terkini dan beberapa program yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) untuk beberapa hari akan datang. Selain mesyuarat Kabinet hari ini yang dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir untuk penggal ini, BN akan mengadakan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, esok. 

Ulasan