Penganggur maut ditembak 9 das dari jarak dekat

SERDANG 3 April - Seorang lelaki menemui ajal setelah ditembak sembilan das dari jarak dekat oleh beberapa individu yang tidak dikenali di Flat
Sri Serdang, di sini malam tadi.
Mangsa, Benard Ooi Boh Beng, 39, maut berhampiran rumahnya di Blok 1 flat tersebut apabila sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba mendekatinya, kira-kira pukul 9.30 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, sebanyak 15 das tembakan dipercayai dilepaskan dan sembilan daripadanya mengenai mangsa. - UTUSAN ONLINE


Ulasan