KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2012:Sam Paling Popular

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) menjadi milik Shaheizy Sam sekali lagi selepas menang untuk tahun 2010 lalu. Berserta dengan kemenangan itu, Sam membawa pulang hadiah Nissan 370Z Coupe dan barang kemas Habib Jewel bernilai RM150,000.

Sementara itu, anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing menjadi milik Aiman Hakim dan Wawa Zainal.
Black dan RJ pula menang kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular dan penyanyi kontroversi, Shila Amzah membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular. Manakala Hafiz Suip pula menang Penyanyi Lelaki Popular.

Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular pula diberikan kepada Aaron Aziz dan Nabila Huda. Untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, kemenangan berpihak kepada Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.
Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular pula dianugerahkan kepada Zizan Razak dan Didie Alias. Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular ialah Datuk Aznil Nawawi dan Fara Fauzana.

Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular pula menjadi milik Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Malam tadi juga, ABPBH2012 mengangkat legenda muzik rock negara, Search sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat.

Majlis anugerah berprestij yang bertemakan Ledakan Geometri itu diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan bersiaran langsung di TV3.

ABPBH2012 dihoskan Zizan Razak dan Fara Fauzana. Antara artis yang membuat persembahan ialah Datuk M Nasir, Ziana Zain, Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Sham Kamarul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?