Cara Periksa Tahap Kekebalan Password Anda


Dalam isu keselamatan dalam talian / internet, perkara yang paling mustahak adalah 'password' atau 'kata laluan' .
Kali ini saya mahu kongsikan kepada satu tool yang boleh menilai kekuatan password anda dengan mudah. Tool yang saya maksudkan itu adalah Password Checker daripada Cybersafe.my.

Kepada yang belum tahu, Cybersafe.my adalah pacuan CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu isu teknikal mahupun sosial oleh pengguna internet.

Bebalik kepada Password Checker yang disediakan oleh Cybersafe ini, orang ramai boleh meneliti dan memeriksa tahap kekuatan password 'kata laluan' di ruang yang disediakan, jika tahap kekuatan password anda mencapai 100%, anda tidak perlu risau jika akaun anda di (tembak) 'bruteforce' secara paksa.

Untuk memeriksa tahap kekuatan password anda sila layari Password Meter Cybersafe.my

Ulasan