WAJIB TAHU:INI ADALAH PERANAN DAN TUGAS ATM DI LAHAD DATU


Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan  berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut
peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal. Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima. Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar. Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain. Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan. Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

- UTUSAN ONLINE

Ulasan