TERKINI@OPS SULU:Operasi Hampir Selesai, ATM tidak akan dedah taktik digunakan dalam serangan

LAHAD DATU 5 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh mendedahkan taktik yang digunakan dalam operasi serangan ke atas penceroboh Sulu yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Bagaimanapun, Panglima Angkata Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, serangan itu ada menggunakan letupan tertentu agar pihak penceroboh tidak memasuki kawasan yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan negara.
Sementara itu Wartawan Utusan Online, BORHAN ABU SAMAH melaporkan: 
"Operasi hari ini menggunakan 3 buah pesawat pejuang F18 dan 5 buah Hawk, kata Zahid Hamidi.
Beliau juga sahkan tiada anngota keselamatan tercedera dan di pihak pengganas Sulu belum dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung. 
Hishamuddin pula beri jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan keselamatan Sabah dan negara ini."

Ulasan