TERKINI@OPS SULU:2 kapal Pengawal Pantai Filipina sedia beri bantuan kemanusiaan

MANILA 5 Mac - Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City
atas kemungkinan dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat ketegangan insiden pencerobohan ke atas Sabah.
Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini ‘sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk ditempatkan di sempada antara kedua-dua negara jiran ini’.
"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan tentera Sultan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.
Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau penghantaran pulang rakyat Filipina dari timur laut Sabah. - AGENSI


Ulasan