TERKINI@OPS DAULAT:PERTEMPURAN BERLAKU DI KG KEMBARA SAKTI LAHAD DATU MALAM TADI

Kejadian tembak menembak dan pertempuran antara pengganas Sulu dengan pihak keselamatan berlaku jam 11.00 malam tadi di Kg Kembara Sakti.Usaha mengepung saki baki pengganas di mulakan sejak jam 9.00 malam lagi.Langkah-langkah keselamatan di ambil dengan memindahkan penduduk kampung kerana kawasan itu terletak di luar zon merah.Kampung Kembara Sakti terletak kira-kira 40km dari Felda Sahabat 17 iaitu lokasi utama operasi penggeledahan sedang giat di jalankan.Masih tiada maklumat mengenai pengganas atau anggota keselamatan yang terbunuh.Maklumat lanjut akan di keluarkan oleh KPN  Tan Sri Ismail Omar pada pagi Jumaat ini.

Ulasan