TERKINI@OPS DAULAT:52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini - KPN


LAHAD DATU 7 Mac - Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Antara yang terbunuh ialah ketua mereka berpangkat jeneral tetapi belum dipastikan sama ada dia adalah adik kepada Sultan Sulu yang mengetuai tentera pengganas menceroboh dan menyerang anggota keselamatan.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang penubuhan Kawasan Keselamatan Khas juga memberi mesej yang jelas kepada rakyat Sabah dan seluruh rakyat negara ini kerajaan cukup komited di dalam isu kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

Ulasan

  1. Tanpa NamaMac 07, 2013

    Tunjuk mayat2 tu kpd rakyat dulu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?