Saiful Bukhari Pertahan Dirinya Diliwat Anwar, Tak Mahu Melatah

KUALA LUMPUR – Saiful Bukhari Azlan hari ini menegaskan yang beliau tidak akan sama sekali berganjak daripada dakwaan liwat ke atas dirinya sebaliknya mendakwa bapanya telah dipergunakan untuk menidakkan
perkara berikut.
Menurut Agendanews, Saiful Bukhari kini sedang memikirkan tindakan selanjutnya berikutan perkara tersebut.
” Bapa saya telah diperguna..saya tetap istiqamah dan tak akan sama sekali berganjak. Saya tak mahu melatah,” katanya pada Agendanews.
Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab – mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,” kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi yang diuruskan oleh Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul. Johari juga merupakan orang kanan Anwar.
Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.
Untuk rekod, Azlan memang dikenali sebagai penyokong Anwar tetapi mengambil keputusan untuk bersama anaknya sewaktu kes tersebut.
Azlan juga antara mereka yang paling kecewa sewaktu anaknya kalah dalam kes liwat itu dan antara pendesak agar kes tersebut dirayu

Ulasan