PELIK:Bapa Saiful Bukhari Dakwa Anaknya Dipergunakan!

Dalam satu sidang media tertutup pagi ini, Bapa Saiful Bukhari, Azlan lazim memberitahu, anaknya telah dipergunakan dalam kes Liwat II.

Kenyataan ‘kona baring’ itu agak memeranjatkan.
Saiful Bukhari bagaimanapun dikatakan tidak hadir dalam sidang media itu. Sebaliknya bapa beliau hanya ditemani dua orang rakannya.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.Sumber memberitahu, tindakan Azlan lazim ada kaitan dengan konflik keluarga dan beberapa permintaan beliau yang tidak dipenuhi.
Azlan berkata, beliau membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada anaknya seorang penipu atau tidak.

Ulasan