Anggota tentera serang balai polis

JAKARTA 8 Mac - Sekumpulan anggota tentera dilaporkan menyerang dan membakar beberapa bangunan ibu pejabat polis di Sumatera
Selatan, hari ini, serta menikam sekurang-kurangnya empat anggota polis yang lain, sebagai membalas dendam.
Kumpulan tentera itu turut merosak dan membakar beberapa kenderaan polis ketika menyerang ibu pejabat polis Ogan Komering Ulu di Kota Baturaja, menyebabkan 16 tahanan melepaskan diri dari lokap.
Menurut jurucakap polis, kejadian pada pukul 8.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) itu merupakan tindak balas ekoran kematian seorang anggota tentera yang ditembak oleh polis atas kesalahan trafik pada Januari lalu.
Menteri Penyelaras bagi Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap anggota tentera yang terlibat dalam kejadian tersebut. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?