Wanita Di Cabul Tuan Rumah Sewa Keparat

Petaling Jaya: Seorang wanita membuat aduan polis selepas pemilik rumah disewanya bukan saja gemar mengintai dia mandi malah, turut mencabulnya apabila mangsa memberitahu hal itu kepada isteri lelaki berkenaan.

Mangsa yang berusia 21 tahun menyewa sebuah rumah di Damansara Damai, di sini, dan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.
Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja di pasar raya dalam aduannya memberitahu dia terpaksa menurut arahan lelaki terbabit kerana bimbang dicederakan selepas diacu dengan pisau.

Menurutnya, mangsa menyewa satu bilik di rumah yang didiami sepasang suami isteri sejak akhir bulan Januari dan dalam tempoh menginap itu lelaki terbabit beberapa kali mengintainya mandi.

“Ketika itu, isteri lelaki terbabit tiada di rumah dan mangsa hanya tinggal berdua dengan lelaki itu. Apabila mangsa memberitahu kejadian kepada isteri suspek, lelaki itu menuduh mangsa cuba menghancurkan rumah tangganya.

“Bagi menyelesaikan masalah itu, suspek meminta mangsa duduk di sofa di ruang tamu kononnya untuk berbincang, namun mengambil pisau dan mengugut mangsa sebelum mencabulnya termasuk memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?