Pelawak Veteran Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 6.30 petang.

Allahyarham berumur 85  tahun.
Yahya meninggalkan isteri Alisah Ali yang dikahwininya sejak 34 tahun lalu.
Allahyarham mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.
Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.
Jenazah dijangka dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Teluk Intan, Perak.
al-fatihah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?