ND Lala atur sidang media khas isu Shila

Berhubung dengan isu yang berlaku di antara penyanyi, Shila Amzah, bapanya, ND Lala dan pelakon, Sharnaaz Ahmad, dikatakan ND Lala masih mencari waktu sesuai untuk mengatur sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menerusi Berita Harian, HARI INI, ND Lala memberitahu dia menunggu waktu lapang kerana jadual Shila sekarang cukup padat, bukannya mereka mengelak daripada ditemui media.
Malah, katanya pada majlis yang akan diadakan kelak, peluang terbuka kepada wakil media untuk bertanya apa saja kemusykilan.
Ini kerana, dia mahu berlaku adil kepada semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seni Shila.
“Ramai yang menghubungi kami bertanya hal ini. Dalam sidang media itu nanti, tanyalah apa saja.
“Kami sedia menjawab, cuma buat masa ini kita perlu melihat perkara lebih besar.
“Shila hari ini aset negara dan bakal menjadi ikon meletakkan muzik Malaysia dalam industri hiburan dunia,” kata ND Lala.
Tegas pelakon dan pengacara itu lagi, jika boleh, dia mahu masyarakat melihat dengan lebih luas tentang isu yang membabitkan Shila.
Sementara itu, difahamkan mereka sekeluarga akan menunaikan umrah sekita Mac ini.
Kita tunggu dan lihat saja nanti apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka bertiga ini semasa sidang media yang akan dilakukan nanti.

Ulasan