Kejam, Budak 4 tahun dibunuh, disimen


Surabaya : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh dan mayatnya disimen di sebuah lorong kecil di daerah Tanjung Perak di bandar raya ini Mangsa yang dikenali sebagai Fahri dipercayai menjadi mangsa pembunuhan keluarganya sendiri.

Mayat Fahri ditemui seorang penduduk yang melintas lorong kecil dekat dengan kediaman mangsa dan sebuah rumah tinggal di kawasan penempatan Jalan Endorosono.

Penduduk terbabit ternampak satu benda mencurigakan kelihatan seperti patung kanak-kanak, tetapi apabila mendekatinya dia mendapati ia mayat kanak-kanak yang sudah disimen. Penduduk itu yang terkejut kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.
Ketua Balai Polis Tanjung Perak, Lily Djafar mengesahkan penemuan mayat mangsa cilik yang disimen itu ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya Sabtu lalu. “Anggota kami sudah melakukan operasi mencari, tetapi mangsa gagal ditemui,” katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?