Jom Tengok Filem Rock Oo "Rimba Bara Kembali" Di Pawagam 28 FEB 2013


Kesinambungan kisah kumpulan rock RIMBA BARA tanpa haluan setelah pemain gitar utama mereka Zek tarik diri di saat-saat akhir ketika mereka sedang merakamkan album ulung kumpulan mereka. Menampilkan barisan pelakon mantap Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan & Que Haidar!
Dalam filem ini Que Haidar yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada perinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan ‘Rimba Bara’ dengan memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black) kembali dalam kumpulan rock mereka.
Filem ‘Rock Oo’ ini akan menjanjikan satu kelainan dari segi mood filem, di mana ia akan membawa penonton ke era 80an dan menyaksikan lakonan Que Haidar yang sungguh mencuit hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?