Elfira Loy Kini Bertudung



Duta kosmetik Maybelline ini sudah bertudung seperti Shila Amzah, Siti Fazurina, Diana Amir dan banyak lagi pelakon lain yang sudah berhijrah.

Tahniah, Elfira Loy Kini Bertudung! Elfira kelihatan semakin manis dan KepohGiler juga doakan semoga dia bertambah murah rezeki nanti.

Dengarnya Elfira bertudung kerana telah bermimpi, mimpi yang menakutkan dirinya itu sebenarnya telah pun dilalui beberapa kali. Tetapi setelah mimpi yang terakhir, Elfira bertambah yakin untuk berubah.

“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit,”
“Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada, Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat,”
“Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat.”
Terima kasih juga atas dorongan rakan sekolah beliau, seorang rakan Elfira yang menuntut di sekolah agama dikatakan sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya membuatkan hati Elfira dikatakan nekad untuk serius berhijab.
                                      
Dengan gaya terbaru ini, Elfira sekaligus telah mengubah penampilannya dan menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu terlaksana dengan sempurna. Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi buat Elfira Loy.

Ulasan