Suspek geng rogol India hadapi tuduhan bunuh

NEW DELHI - Pihak berkuasa India menambah tuduhan ke atas suspek geng rogol  iaitu membunuh ekoran kematian mangsa ketika menerima rawatan susulan di Singapura kelmarin.

Enam suspek  termasuk pemandu bas telah didakwa atas kesalahan merogol.

Ramai yang terlibat dalam protes jalanan menuntut supaya perlindungan lebih diberi kepada wanita dan hukuman setimpal diberi kepada pesalah.

Wanita malang itu, yang dirogol dalam bas awam yang sedang bergerak dan kemudian dicampak keluar bersama rakan lelakinya, meninggal dunia awal pagi kelmarin ketika menerima rawatan di Singapura.

Mayat mangsa kemudian diterbangkan kembali ke India bagi upacara pengebumian semalam.

Pihak berkuasa India tidak mendedahkan nama wanita malang itu tetapi penunjuk perasaan menggelar dia sebagai “Damini”, bermaksud ‘kilat’ dalam bahasa Hindi.

Ulasan