La Liga: Gandingkan Neymar dan Messi

Neymar - Messi
Messi (kanan) dan Neymar mampu gegar persada bola sepak dunia andai digandingkan bersama di Barcelona


KETUA jurulatih Santos, Muricy Ramalho memberi pandangan mahu Neymar berhijrah ke Barcelona dan bergabung dengan bintang handalan dunia, Lionel
Messi.

Neymar, 20, berada dalam senarai panjang pencalonan Fifa Ballon d'Or sebelum ayam tambatan Blaugrana itu mendominasi tiga nama terakhir bagi menentukan pemenang.

Ramalho memuji bakat luar biasa yang ada pada Neymar dan percaya dia bakal muncul sebagai pemain hebat pada masa depan.

"Bukan mahu memuji, tapi inilah kenyataannya. Dia berbakat dan pintar. Dia boleh jadi sehebat Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Pemain seperti dia jarang-jarang wujud dalam dunia ini," katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan Neymar cukup serasi jika bermain di Camp Nou berbanding Real Madrid kerana corak permainan bola sepak yang hampir sama.

"Barca sebuah pasukan yang kuat dan sesuai untuk Neymar. Setiap orang menggemari permainan mereka yang bermain dalam satu unit.

"Lagipun, Barca miliki sejumlah pemain berbakat dan Neymar boleh menimba pengalaman berguna daripada mereka. Sebab itu, saya syorkan Messi dan Neymar digandingkan bersama dan lihatlah apa akan berlaku. Saya yakin, mereka mampu beri impak yang boleh menggegarkan dunia," katanya


Sumber:sinar harian

Ulasan