Keluarga mahu perogol digantung sampai mati

NEW DELHI - Keluarga mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi yang meninggal dunia pada Sabtu lalu menegaskan mereka tidak akan berdiam diri, menurut abangnya kepada Indian Express, semalam.

Abang mangsa juga memberi amaran bahawa perjuangan untuk menuntut bela di atas kematian adiknya tidak akan berakhir sehingga  mereka yang bertanggungjawab digantung sampai mati.

Pelajar perubatan berumur 23 tahun tersebut meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth akibat kegagalan fungsi organ dan kecederaan otak.

Difahamkan, enam suspek yang disyaki memperkosa mangsa dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu telah didakwa atas kesalahan membunuh oleh pihak berkuasa. - AFP





Kronologi kes rogol pelajar  di dalam bas

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki


Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.


Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.


Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.


Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.


Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.


Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Ulasan