Gadis maut terkena tembakan polis

ANGGOTA forensik membuat pemeriksaan terhadap sebuah kereta Proton Waja yang terlibat dalam kejadian tembak dan mengakibatkan seorang wanita terbunuh di Taman Sejati, Klang malam semalam.
KLANG 19 Jan. - Seorang gadis berusia 22 tahun maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan sepasukan anggota polis ketika cuba
menahan kereta dinaikinya bersama seorang suspek di Taman Sejati di sini malam semalam.
Dalam kejadian pukul 7.35 malam itu, kereta Proton Waja berkenaan telah merempuh kenderaan peronda polis menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan.
Pemandu kereta berusia 31 tahun yang memiliki enam rekod jenayah lampau itu bagaimanapun dapat ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian bermula pukul 7.35 malam apabila sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Batu 3 Lama di sini. - UTUSAN

Ulasan