Awie Bengang Orang Ramai Pertikai Pembukaan Kelab Malam Beliau

Peminat hiburan sedia maklum yang Awie atau nama sebenar beliau Ahmad Azhar Bin Othman telah membuka sebuah kelab malam di Ipoh, Perak beberapa bulan
yang lalu.
Penglibatan Awie dalam perniagaan hiburan ini bukan sahaja mengundang gossip yang beliau semakin kukuh dalam dunia gangster, ianya turut menerima persepsi negatif tentang ‘rezeki’ dari sumber tersebut.
“Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?”
Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap & bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.
“Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question,” tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini.
Beliau di’temui media ketika tayangan perdana filem terbaru beliau Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di ibu kota. - rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?