POYO! Lana Nordin Pernah Jadi Kekasih Taboo (Black Eyed Peas)

Lana telah mengaku beliau pernah berpacaran dan rapat dengan salah seorang ahli kumpulan BEP iaitu Taboo yang berasal dari
Filipina.

OK saya mengaku saya pernah berkawan rapat dengan Taboo lebih kurang setahun dan lokasi gambar itu diambil juga tepat. Hubungan kami tak berjaya kerana banyak sebab, antaranya dia mahu saya menetap di Amerika Syarikat. Namun Taboo yang saya kenal seorang lelaki yang baik.
“Dia tak merokok dan tak minum. Dulu-dulu dia pernah, tapi selepas keluar dari pusat pemulihan, dia sudah berubah. Dia selalu cakap pada saya, kalau dia ikat rapi rambutnya ke belakang itu maknanya dia ‘clean’.
“Kami berkenalan di sebuah ‘party’ sekitar Kuala Lumpur. Dia minta nombor telefon saya dan keesokannya minta saya temankan dia makan tengah hari. Saya cadangkan beberapa nama restoran yang sedap, antaranya di Shook!
“Saya kemudian mengambilnya di hotel dan tak sangka masa tu semua anggota Black Eyed Peas turut ada sama. Sejak daripada itulah kami jadi lebih rapat,” katanya.

Sumber: http://ohvideotv.com 

Ulasan