Update Terkini Keadaan Kamal Affandi

Update Terkini Keadaan Kamal Affandi
Semalam, (Khamis) menerusi blog
Mazidul, Kamal Affandi dilaporkan telah berjaya melalui pembedahan mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepala telah berjaya dan selesai pada jam 4.45 petang semalam.
Kamal yang telah menghubungi Mazidul berkata;
“Teknik lazer digunakan. Kepala terasa panas sedikit sebab bilik pembedahan sejuk. Bro, orang pertama saya hubungi selepas pembedahan,” ujar penganalisis jenayah itu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan keselamatannya serta sudi untuk menyumbang membiayai kos pembedahan terbabit.
Keseluruhan kos pembedahan Kamal adalah RM41,820 dan dikatakan kos tersebut masih belum mencukupi.
Menerusi update terkini, Kamal dikatakan masih memerlukan sumbangan sebanyak RM10,000 sahaja lagi untuk beliau membiayai kos pembedahan tersebut.

Ulasan