Motor Ini DiKuasakan Oleh Berak Dan Sisa Kumbahan


Pengeluar toilet terkenal dari Jepun mempamerkan motor bertenaga najis yang dapat berjalan sejauh 300 km dengan tangki penuh kotoran haiwan.


Motor ini diperkenalkan sebagai kenderaan pertama di dunia yang berjalan dengan najis. Mempunyai tiga roda, tempat duduk motor ini berbentuk pemegang tandas dan ada gulungan besar tisu di belakang.

Namun, apabila seorang model perempuan muda naik ke atas motor ini untuk uji kenderaan pada Rabu, pengeluar tandas TOTO segera menjelaskan bahawa bukan si wanita yang akan menyediakan bahan bakarnya.

"Biogas yang digunakan untuk bahan bakar tidak berasal dari manusia, tetapi dari sisa haiwan ternakan dan sampah," kata jurucakap syarikat Kenji Fujita pada reporter di pinggir Tokyo.

"Kami berharap untuk meningkatkan kesedaran para pelanggan kami tentang persekitaran dengan mengembangkan produk-produk mesra alam seperti pancuran menjimatkan air dan tandas jimat air," kata Fujita.

Syarikat yang membuat tandas dan ciri-fiturnya seperti pemegang tandas yang boleh dihangatkan, siraman dengan tekanan jet, tetapan suhu, dan muzik latar - tidak bercadang untuk menjual motor ini secara komersil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?