BONUS PENJAWAT AWAM 2012?


Semua orang ingin tahu mengenai Bonus Penjawat Awam 2012? Ada atau tiada? Pertanyaan ini sudah beberapa kali dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Namun jawapan beliau tetap sama, sebagaimana kenyataan beliau dibawah yang ammboi petik dalam akhbar Sinar Harian.


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

“Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti,” katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita setelah beliau diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Jadi, sama-sama kita tunggulah hari berkenaan, Jika ada, syukurlah kalau tiada, kita kena usaha lagi. Tingkatkan mutu perkhidmatan awam kan. Jangan ambil negatif dan jadikannya pembakar semangat wahai kakitangan awam seluruh Malaysia.

Ulasan