Penganggur dihukum gantung bunuh mertua


JOHOR BAHRU 30 Ogos - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh bapa mertuanya dengan menikam mangsa menggunakan
pisau rambo dua tahun lalu.
Mohd. Azuwa Talib, 25, dijatuhi hukuman tersebut selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.
Mohd. Azuwa dituduh membunuh Armen Suardi, 55, yang merupakan peniaga runcit di rumah bernombor 51, Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi antara pukul 2.30 petang, 8 November 2010 hingga pukul 5.20 pagi keesokannya.
Samsudin dalam penghakimannya berkata, dua tikaman di badan dan satu di kepala yang menembusi tengkorak serta otak si mati jelas membuktikan kejadian itu bukan sekadar kemalangan, tetapi disengajakan oleh tertuduh.
"Pergaduhan antara tertuduh dengan si mati juga bukan pertama kali. Terdapat dendam antara tertuduh dengan si mati sejak tertuduh berkahwin dengan anak perempuan si mati," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?