Norma Hawkins Dengan Buah Dada Terbesar


Norma Hawkins-Turner, wanita berusia 52 tahun dari Atlanta, Georgia diiktiraf Buku Rekod Guiness kerana mempunyai buah dada semula jadi terbesar
dunia .

Dikatakan setiap satu buah dadanya mempunyai berat 25 kilogram! Lurah dadanya adalah sepanjang 3.5 kaki setiap satu.

Hawkins-Turner menjadi tajuk media antarabangsa selepas muncul di rancangan UK “This Morning” dengan bercerita mengenai asetnya kepada pengacara Phillip Schofield dan Jenni Falconer.

Tentang kali pertama mendapat coli pada usia 10 tahun:
“Saya tidak tahu apa saiz saya. Saya sungguh besar. Perkara yang hanya saya ingat ialah tentang coli itu diperbuat daripada kapas dan buah dada saya menonjol seperti bola sepak dan ketika itu saya mengetahui yang saya sangat ‘berbeza’.
“ Saya selalu diusik.”

Tentang rutin harian:
“Apabila saya keluar rumah saya mesti terfikir bagaimana hari saya dan siapa yang akan ‘menyerang’ saya hari ini.
” Setiap hari sekurang-kurangnya seseorang yang tidak mengenali saya akan mengusik. Mereka suka mengejek tanpa sebab sedangkan saya seperti manusia lain juga.”

Tentang suaminya, Alan yang sudah meninggal dunia:
“Alan mengubah hidup saya. Dia membuatkan saya mencintai diri saya dan menjadikan saya seperti patung Barbie yang bersaiz besar kepadanya.
” Dia melayan saya seperti seorang permaisuri. Alan menyayangi saya dan anak-anak saya. Dia ibarat malaikat, ia bukan hanya seksual.”

Tentang kerja-kerja yang telah dilakukan untuk laman-laman ‘web dewasa’:
“Saya telah menunjukkan yang orang bersaiz besar adalah cantik dan boleh menjadi seksi dengan cara sendiri.

” Ia bukan kotor, saya seorang penghibur. Saya bercakap dengan anda, saya fantasi anda. Apabila saya bercakap dengan anda ia adalah kerana terdapat beberapa perkara dalam fikiran yang ingin anda lakukan kepada saya.
” Tetapi dalam realiti anda tidak akan berjumpa dengan saya.”

Ulasan