KERJA BODOH BAKAR DIRI TANDA PROTES

Entah apa yang ada dalam fikiran Jamphel Yeshi. Ia nekad lari sepanjang 50 meter dengan bara api yang menyala di seluruh tubuhnya.

Aksi penunjuk rasa sedang terjadi di New Delhi, India. Mereka menentang lawatan Presiden China ke India.

Jamphel Yeshi membakar dirinya kemudian berlari sepanjang 50 meter di tengah kerumunan ratusan demonstrasi berhampiran dengan bangunan parlimen India.



Jamphel Yeshi tidak kurang terbakar selama dua minit. Pakaiannya terbakar dan kulitnya menghitam. Ia mengalami 98% luka bakar dan dilarikan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Para penunjuk perasaan memrotes kedatangan Presiden China, Hu Jintao yang mengadakan pertemuan di India pada akhir minggu  ini.

Jamphel Yeshi sendiri melarikan dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di New Dehli selama dua tahun terakhir.

Lebih dari 600 penunjuk perasaan berkumpul dan berunjuk rasa dengan membawa sepanduk serta poster berbaris di sebuah plaza berhampiran dengan bangunan Parlimen India.


Aksi protes ini sebagai imbas tuntutan China terhadap Tibet. Mereka berkeras jika Tibet bukan merupakan bahagian dari China.

"Inilah yang akan China hadapi jika mereka terus berkeras dengan Tibet kecuali mereka memberikan kebebasan kepada Tibet," ujar Tenzin Dorjee, salah satu penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya telah ada 30 orang Tibet yang membakar dirinya sebagai aksi protes kekuasaan China terhadap tanah air mereka.

China berkeras jika Tibet menjadi sebahagian dari wilayahnya. Dan Tibet berkeras jika Himalaya selama berabad-abad adalah wilayah bebas.


sumber reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?