Tinjauan di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini mendapati jaguh badminton itu sedang menjalani rawatan fisioterapi.
"Apapun yang menimpa saya tahu beliau akan cuba melakukan yang terbaik," katanya di sini hari ini.
Juara All England 2011 itu kini dalam proses pemulihan kecederaan ligamen buku lali kanannya yang terkoyak ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, beliau diuji pula dengan masalah keluarga apabila bapanya Lee Ah Chai, 59, dilaporkan cuba membunuh diri Ahad lalu.
Atlet berusia 30 tahun itu, difahamkan, sudah meminta abangnya, Joe Lee, untuk pulang ke Pulau Pinang bagi memantau serta meredakan keadaan.
Selain itu Tey berkata kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Olimpik di London yang akan bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.
"Buat masa ini beliau akan terus menjalani rehab dan membuat latihan ringan. Beliau akan kembali berlatih pada tahap sebenar apabila sudah mampu," katanya.
- BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan
Macam-macam kan! Apa Kata Anda?