PANAS : Aksi ghairah Rihanna sewaktu konsert di London


LONDON - Penyanyi Rihanna sekali lagi tampil dengan imej seksi ketika mengadakan persembahan selama dua jam di O2 Arena, London.

Dia memakai bikini dengan corak mozek berwarna-warni, kasut tumit tinggi berwarna merah jambu terang dengan tumit hijau sambil diiringi oleh beberapa orang penari.

Rihanna menggunakan kereta sebagai latar belakang dalam konsert jelajahnya 'Loud Tour'.Dalam persembahan pembukaan, penyanyi itu mengenakan baju hujan pendek berwarna biru dan menyampaikan lagu popularnya, Only Girl (In the World).


Konsert Loud Tour 2011 Rihanna melibatkan 20 buah negara termasuklah Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sebagai sebahagian daripada rangka promosi album terbarunya, Loud.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu diusir oleh seorang petani ketika mengadakan pengambaraan di sebuah ladang di Belfast, Ireland kerana mendedahkan dadanya. - AP

Ulasan